Monday, December 31, 2012

Squad Gaharu Wak Jai Meru merancang penanaman di Bukit Relau, Sungai Bakap, Kedah

Squad Gaharu Wak Jai Meru sedang meneliti site potensi tanaman baru di Bukir Relau, Sg Bakap Kedah.

Potensi tanaman yang meliputi dua lokasi iaitu satu di integrasi dengan Kebun Getah dan satu lagi Integrasi tanaman di Dusun Durian. Keseluruhan anggaran tanaman gaharu adalah berjumlah 4,000 pokok.

Fasa satu tanaman akan bermula pada Februari 2013 dan dijangka dibuat secara berperingkat dalam tempoh 6 bulan berikutnya. Jarak tanaman yang akan dilaksanakan adalah antara 4-5 kaki setiap pokok.

Pekej perkhidmatan Squad Gaharu Wak Jai yang akan ditawarkana adalah:
1. Membekal benih gaharu setinggi 4.5 - 5 kaki
2. Menyediakan perkhidmatan tanaman pokok
3. Menyediakan baja permulaan
4. Menyediakan jaminan pokok yang ditanam dalam tem;oh 30 hari.
5. Memberi khidmat nasihat penjagaan sehingga 3 tahun tempoh penanaman

Hasil gaharu selepas 6-7 tahun ditanam setelah melalui proses inakulasi pada tahun ke 3. Kalau dlam tempoh tersebut ada berlaku banjir dan pokok berendam seminggu ia boleh mematikan pokok.Kalau nak paling selamat adalah kawasan ynag tak pernah banjir lebih 7 hari

Hubungi : ppmshah(@)gmail.com atau saifuddin.mn(@)gmail
No Tel : 019-2207789 (Mbah Mento) atau 012-3542554 (Wak Soif)